Urusniaga kredit 'Jual Dahulu': Jangan buat pekedai jadi serba salah...
Diatas perhitungan matematik, tentu ramai peniaga memilih urusniaga dengan pemborong/pembekal berasaskan kaedah 'jual dahulu' dan bayaran yang akan dikutip kemudian hanya berdasarkan jumlah unit barangan yang telah dijual. Pada asasnya, ia memang menguntungkan peruncit kerana mereka tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli stok, dengan terma tempoh tertentu pembekal/pemborong akan datang semula untuk mengutip bayaran hanya berdasarkan bilangan unit yang telah terjual. Peruncit juga bebas risiko kerana mereka tidak perlu menanggung kos barangan yang tidak terjual.Baki selebihnya yang tidak terjual biasanya akan diambil semula oleh pembekal/pemborong dan akan digantikan dengan stok baru. Sekali didengar memang sedap telinga namun dari segi realiti praktikalnya,ia sebaliknya.Mengapa saya berkata begitu? kerana saya seperti juga peruncit-peruncit lain, (yang saya percaya telah mengalami masalah yang sama seperti saya) kerap mengalami masalah seperti ini.
Bila masalah muncul?
Masalah mula muncul apabila pembekal/pemborong ini 'menghilangkan' diri. Samada mereka boleh dihubungi atau tidak, ada diantara mereka yang gagal hadir walaupun dihubungi berkali-kali. Kebanyakkan dari mereka ini pada awalnya melakukan servis yang baik namun mula bermasalah setelah beberapa kali melakukan servis, dengan servis yang semakin jarang dan akhirnya terus 'lenyap' mendiamkan diri. Lebih memburukkan keadaan sekiranya peruncit itu tidak menyimpan invois dengan baik. Kehilangan invois menyukarkan mereka kerana invois biasanya turut memaparkan no.telefon dan alamat pembekal. Keadaan ini menyebabkan urusniaga antara kedua belah pihak ibarat digantung "tak bertali. Bagi peruncit yang mengalami masalah ini ketika stok barangan yang mereka jual telah habis, ia agak melegakan namun 'wang tidak dituntut' yang ada pada mereka menyebabkan sebilangan besar peruncit menjadi serba salah.
Lebih memburukkan keadaan apabila stok barangan yang dijual kurang mendapat sambutan.Lebihan baki stok yang telah tamat tempoh/rosak yang disimpan pekedai runcit amat membebankan.Mereka terpaksa memperuntukan ruang didalam premis mereka untuk menyimpan stok-stok rosak yang tidak dituntut ini.Paling menyukarkan ialah barangan dari jenis makanan, kerana lazimnya selain ia lembab dan berkulat, ia mengeluarkan bau yang pasti tidak menyenangkan, contohnya ikan masin. Bayangkan bagaimana sukarnya peruncit-peruncit perlu menyimpan stok-stok ini untuk suatu tempoh yang lama sedangkan dalam masa yang sama mereka juga perlu menyimpan stok-stok barangan lain yang lebih penting. Dalam keadaan terdesak sesetengah peruncit yang telah bosan menunggu mungkin mengambil jalan mudah dengan melupuskan stok barangan yang tidak dituntut tadi.
Sangat malang apabila dalam keadaan begini pemborong/pembekal yang telah lama 'menghilangkan' diri tadi muncul semula untuk membuat kutipan terhadap invois.Bayangkan bagaimana peruncit hendak menjelaskan kutipan bayaran terhadap sesuatu yang mereka tidak jual! Si pembekal sudah tentu akan menilai berdasarkan bukti baki barangan yang sedia ada.Tidakkah ini bermakna peruncit perlu membayar secara 'percuma' kepada pembekal tadi? Ini sudah tentu tidak baik kepada hubungan antara kedua belah pihak. Walaupun berdasarkan pengalaman saya keadaan ini sangat jarang terjadi namun saya pasti kebanyakan pekedai akan menjangkakan perkara ini akan berlaku lalu mereka akan terus menyimpan stok 'tidak dituntut' tadi sampai bila-bila....
Selepas masa demi masa berlalu, berikutan kesibukan dan sebagainya saya tidak sedar bahawa jurujual itu telah 8 bulan tidak datang. Saya terus menanti kerana kebetulan produk sabunnya kurang mendapat sambutan dan mungkin jurujual itu telah menjangkakan sambutan terhadap produknya memakan masa untuk diterima pelanggan. Saya terus menanti dan menanti sehinggalah selepas setahun lebih saya mula menelefon jurujual yang dimaksudkan. Namun nombornya tidak dapat dihubungi. Tiga bulan selepas itu saya menghubunginya sekali lagi namun gagal. Perkara ini berlarutan sehinggalah masuk tahun kedua. Kali ini saya tidak dapat bertolak ansur dan mula menelefon nombor ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Pejabat di Kuala Lumpur memberi saya nombor telefon seorang penyelia yang tinggal di Kuala Sepetang,Taiping. Saya menelefon penyelia itu dan bertanya mengapa jurujual itu sudah lama tidak datang untuk melihat keadaan stok barangan di kedai saya. Namun saya agak terkejut mendengar jawapan penyelia itu apabila beliau memberitahu bahawa jurujual itu telah berhenti dan telah menghilangkan dokumen rekod pelanggan syarikat. Jadi syarikat tidak dapat membuat semakan invois-invois yang masih belum dijelaskan. Kebetulan mereka tidak mendapat calon pekerja yang sesuai bagi menggantikan jurujual yang telah berhenti (mungkin tiada yang ingin memohon) . Memandangkan keadaan stok barangan yang masih ada pada saya berkeadaan sangat 'uzur' ( berhabuk dan bersarang labah-labah,kerana setelah masuk setahun setengah saya tidak lagi meletakkan produk sabun ini diruang hadapan, sebaliknya menyimpannya di stor dan keadaan fasiliti penyimpanan saya kurang baik) dan kuantiti yang terjual hanya empat botol (memandangkan dikampung mereka lebih selesa dengan sabun serbuk dan kebetulan jenamanya tidak terkenal), saya cuba berunding dengan penyelia itu untuk 'menghalalkan' stok yang sedia ada. Namun beliau tidak dapat menerimanya dan berjanji akan datang membuat kutipan pada tarikh yang dijanjikan. Namun setelah 3 bulan berlalu, kelibat penyelia itu tidak kelihatan dan saya menelefonnya sekali lagi. Kali ini barulah penyelia itu datang dan memberitahu bahawa syarikat itu telah ditutup dan kutipan ini sekadar bergantung pada salinan invois yang disimpan oleh peruncit.
Jadi anda dapat lihat disini mereka sendiri tidak bersedia untuk 'menghalalkan' baki stok dan kutipan bayaran yang dipegang peruncit (sekiranya mereka tahu masih ada). Ini tidaklah bererti saya menganggap mereka ada agenda tersembunyi. Walaupun tidaklah semuanya begitu namun ia sekadar contoh yang patut menjadi peringatan kepada peruncit terhadap hak orang lain yang masih ada ditangan kita. Mungkin perkara ini tidak menjadi masalah bagi 'kaki songlap' dan penelan harta orang. Bagi mereka ini adalah peluang keemasan dan mereka memang mahukan keadaan ini berlaku semahu dan seboleh mungkin.
Sangat malang apabila dalam keadaan begini pemborong/pembekal yang telah lama 'menghilangkan' diri tadi muncul semula untuk membuat kutipan terhadap invois.Bayangkan bagaimana peruncit hendak menjelaskan kutipan bayaran terhadap sesuatu yang mereka tidak jual! Si pembekal sudah tentu akan menilai berdasarkan bukti baki barangan yang sedia ada.Tidakkah ini bermakna peruncit perlu membayar secara 'percuma' kepada pembekal tadi? Ini sudah tentu tidak baik kepada hubungan antara kedua belah pihak. Walaupun berdasarkan pengalaman saya keadaan ini sangat jarang terjadi namun saya pasti kebanyakan pekedai akan menjangkakan perkara ini akan berlaku lalu mereka akan terus menyimpan stok 'tidak dituntut' tadi sampai bila-bila....
Pengalaman saya
Saya juga telah melalui perkara ini berulang kali dan saya telah biasa dengan keadaan ini.Seperti yang saya ceritakan diatas saya juga menanggung 'wang tidak dituntut' dan sebahagian stok 'tidak dituntut' yang telah lama saya simpan. Sekadar membawa satu contoh dari sekian banyak contoh, tiga tahun lepas saya pernah didatangi oleh seorang jurujual sabun pencuci pakaian cecair yang menawarkan saya urusniaga kaedah kredit 'letak dulu,kemudian bayar berapa saja yang terjual'. Satu botol 3 liter berharga sekitar RM 8.50 dan beliau bercadang untuk meletakkan 20 botol sebagai permulaan. Berdasarkan pengalaman lepas dan atas perhitungan tertentu, saya keberatan untuk mengambil kuantiti sebanyak itu. Lalu saya mencadangkan agar diletakkan 6 botol sahaja sebagai percubaan. Namun beliau mengatakan yang beliau hanya melalui dikawasan ini untuk jangka masa yang lama dan beliau ada banyak lagi kedai disekitar daerah ini untuk dikunjungi. Saya pun beralah dan bersetuju untuk menerima 20 botol sebagai permulaan. Untuk 2-3 bulan yang pertama saya tidak berkata apa-apa kerana beliau sendiri pernah mengatakan beliau akan datang untuk tempoh jangka yang panjang.Selepas masa demi masa berlalu, berikutan kesibukan dan sebagainya saya tidak sedar bahawa jurujual itu telah 8 bulan tidak datang. Saya terus menanti kerana kebetulan produk sabunnya kurang mendapat sambutan dan mungkin jurujual itu telah menjangkakan sambutan terhadap produknya memakan masa untuk diterima pelanggan. Saya terus menanti dan menanti sehinggalah selepas setahun lebih saya mula menelefon jurujual yang dimaksudkan. Namun nombornya tidak dapat dihubungi. Tiga bulan selepas itu saya menghubunginya sekali lagi namun gagal. Perkara ini berlarutan sehinggalah masuk tahun kedua. Kali ini saya tidak dapat bertolak ansur dan mula menelefon nombor ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Pejabat di Kuala Lumpur memberi saya nombor telefon seorang penyelia yang tinggal di Kuala Sepetang,Taiping. Saya menelefon penyelia itu dan bertanya mengapa jurujual itu sudah lama tidak datang untuk melihat keadaan stok barangan di kedai saya. Namun saya agak terkejut mendengar jawapan penyelia itu apabila beliau memberitahu bahawa jurujual itu telah berhenti dan telah menghilangkan dokumen rekod pelanggan syarikat. Jadi syarikat tidak dapat membuat semakan invois-invois yang masih belum dijelaskan. Kebetulan mereka tidak mendapat calon pekerja yang sesuai bagi menggantikan jurujual yang telah berhenti (mungkin tiada yang ingin memohon) . Memandangkan keadaan stok barangan yang masih ada pada saya berkeadaan sangat 'uzur' ( berhabuk dan bersarang labah-labah,kerana setelah masuk setahun setengah saya tidak lagi meletakkan produk sabun ini diruang hadapan, sebaliknya menyimpannya di stor dan keadaan fasiliti penyimpanan saya kurang baik) dan kuantiti yang terjual hanya empat botol (memandangkan dikampung mereka lebih selesa dengan sabun serbuk dan kebetulan jenamanya tidak terkenal), saya cuba berunding dengan penyelia itu untuk 'menghalalkan' stok yang sedia ada. Namun beliau tidak dapat menerimanya dan berjanji akan datang membuat kutipan pada tarikh yang dijanjikan. Namun setelah 3 bulan berlalu, kelibat penyelia itu tidak kelihatan dan saya menelefonnya sekali lagi. Kali ini barulah penyelia itu datang dan memberitahu bahawa syarikat itu telah ditutup dan kutipan ini sekadar bergantung pada salinan invois yang disimpan oleh peruncit.
Jadi anda dapat lihat disini mereka sendiri tidak bersedia untuk 'menghalalkan' baki stok dan kutipan bayaran yang dipegang peruncit (sekiranya mereka tahu masih ada). Ini tidaklah bererti saya menganggap mereka ada agenda tersembunyi. Walaupun tidaklah semuanya begitu namun ia sekadar contoh yang patut menjadi peringatan kepada peruncit terhadap hak orang lain yang masih ada ditangan kita. Mungkin perkara ini tidak menjadi masalah bagi 'kaki songlap' dan penelan harta orang. Bagi mereka ini adalah peluang keemasan dan mereka memang mahukan keadaan ini berlaku semahu dan seboleh mungkin.
Punca mengapa perkara ini terjadi
Dari pengamatan dan pengalaman yang saya telah lalui, saya dapati perkara ini kerap terjadi pada syarikat-syarikat kecil yang baru memulakan perniagaan dan yang paling banyak adalah dari individu perseorangan yang berniaga secara kecil-kecilan.Antara punca-punca masalah yang kerap saya lihat ialah :- Pekerja berhenti dan menghilangkan dokumen syarikat : Saya hairan bagaimana pihak majikan boleh menyerahkan dokumen sebegitu PENTING seperti rekod pelanggan syarikat kepada jurujual. Pada saya,sekadar membawa pulang kenderaan syarikat kerumah adalah perkara biasa namun untuk melihat pekerja membawa pulang dokumen syarikat adalah tidak munasabah. Dan perkara ini bukan sekali dua terjadi. Saya pernah berurusan dengan sebuah syarikat pengeluar Kopi 'Tok Syeikh' (bukan nama sebenar) yang kehilangan rekod invois pelanggan yang kesemuanya bernilai PULUHAN RIBU ringgit hanya kerana jurujual berhenti dan melesapkan sekali dokumen syarikat. Jenamanya hebat,produknya hebat,pengiklanannya hebat,namun pengurusannya sangat lemah.Barangkali mereka belum bersedia menerima slogan "In business,don't trust anyone...".
- Rugi atau ditutup : Jika sekalipun telah ditutup, sebolehnya buatlah kutipan terakhir dan jangan biarkan peniaga 'digantung tak bertali'. Jika sekalipun malu-malu 'alah', maklumkan kepada peruncit mereka telah menghalalkan baki wang dan stok yang belum dituntut. Ini memudahkan peniaga dan melancarkan urusan mereka.
- Terlalu agresif mencari pekedai untuk memasarkan produk namun tidak mahir dengan jalan yang telah dilalui : Ini biasanya berlaku bagi syarikat-syarikat baru yang datang dari jauh (contoh seperti Kota Bharu,Kangar atau Skudai) dan mereka gagal menjejaki semula kedai-kedai yang dimaksudkan walaupun mereka mempunyai cop alamat pekedai pada invois mereka.
- Berurusan tanpa invois : Ini kerap terjadi bagi individu-individu yang berniaga secara kecil-kecilan secara perseorangan. Kebiasaanya mereka ini meletakkan barangan-barangan dari jenis makanan yang bernilai kecil seperti makanan ringan, ikan masin/pekasam yang diproses sendiri, kopi segera dalam bentuk peket, acar limau dan sebagainya. Saya tidak pasti apa yang menyebabkan mereka malas untuk menggunakan sebuah buku bil yang berharga tidak sampai tiga ringgit. Adakah mereka merasakan mereka mampu berniaga dengan hanya menggunakan memori?. Bagaimana sekiranya pasaran mereka luas? mampukah mereka mengingati kesemuanya?. Barangkali kebanyakan mereka terdiri dari warga emas yang mempunyai masalah penglihatan, Namun saya kerap menasihati dan membantu mereka untuk menulis sehelai invois untuk disimpan oleh kedua-dua belah pihak sebagai rujukan pada masa akan datang.
Saya sendiri sehingga kini menyimpan banyak stok kredit dan wang tidak dituntut. Saya sendiri tidak sempat mengemaskini jumlah kredit yang tertunggak, entah barangkali ratusan atau ribuan ringgit.Nasib baik saya masih menyimpan invois-invois tadi dengan baik. Malangnya,sebahagian stok kredit itu telah pun saya lupuskan dari simpanan saya. Kesimpulannya, kegagalan mereka banyak berpunca dari pengurusan pemasaran yang lemah. Peruncit pula diingatkan agar berhati-hati terhadap hak orang lain yang masih ditangan kita. Selagi tidak jelas status sesuatu urusniaga itu,janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dan melakukan perkara yang dilarang, sedangkan kita diminta untuk berhukum dengan sesuatu yang zahir dan nyata. Sebagai langkah keselamatan, setiap peruncit boleh membuat peraturan seperti menyediakan borang akuan persetujuan dari pembekal berbentuk perjanjian dimana, mana-mana stok atau wang yang tidak dituntut melebihi tempoh-tempoh tertentu yang ditetapkan peruncit maka ia adalah menjadi hak sepenuhnya peruncit. Ingatlah bahawa kita akan dipersoalkan di akhirat kelak terhadap apa yang telah kita lakukan. Ingatlah firman Allah :
"Dan janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim-hakim dengan tujuan supaya kamu dapat memakan sebahagian dari harta orang lain dengan cara yang berdosa, sedangkan kamu mengetahui. (Al-Baqarah: 188)"