Selasa, 19 Mac 2013

PERISIAN PERNIAGAAN PERCUMA DARI NCH SOFTWARE

Perisian perniagaan percuma dari NCH Software

            Bagi para peniaga tentu pengurusan akaun adalah menjadi perkara keutamaan kerana nadi sesuatu perniagaan sangat bergantung kepada kecekapan pengurusan perakaunannnya. Kini perakaunan kaedah tradisional tentu kurang disenangi kerana peniaga terpaksa menyimpan buku-buku catatan rekod yang memakan ruang dan saiz disamping terpaksa melakukan pengiraan manual dan kesukaran mengedit tiap kali berlaku perubahan data. Walaupun kini muncul era teknologi yang memudahkan dan membantu para peniaga namun harga perisian yang mahal menjadi bebanan dan penghalang kepada peniaga-peniaga kecil untuk memliki perisian yang boleh membantu perniagaan mereka. Didalam pasaran internet, harga sesebuah perisian perniagaan kebiasaannya mencecah antara RM 800 ke RM 500 dan yang termurah sekitar RM 350 keatas.

            Bulan lepas saya secara tidak sengaja telah menjumpai laman NCH Software yang menawarkan perisian percuma untuk dimuat turun. Sangkaan saya, ia hanyalah perisian versi percubaan untuk suatu tempoh tertentu (trial version) atau versi percubaan yang hanya diberi fungsi asas (dihadkan fungsi tambahannya). Tetapi setelah memuat turun, sangkaan saya meleset apabila ia berfungsi sepenuhnya. Rupa-rupanya versi percuma hanya tidak boleh merekodkan lebih dari satu jenis perniagaan dalam satu perisian. Dengan hanya saiz fail berjumlah 939 KB bagi Express Accounts dan 410 KB bagi perisian Copper, ianya mudah dimuat turun dan tidaklah membebankan memori komputer anda.

Express Accounts

                              ( Gambar hiasan : Entah versi yang ke-berapa saya tak pasti )

             Express Account menawarkan kepada anda fungsi perakaunan asas yang menyeluruh. Secara asasnya ia mempunyai fungsi-fungsi seperti merekodkan jualan tunai, pesanan stok (Purchase order), rekod hutang pelanggan (Invoice), hutang peniaga kepada pemborong (Accounts payable), pembayaran hutang peniaga kepada pemborong (Payments of account payable), rekod perbelanjaan dan mencipta borang sebut harga kepada pelanggan (Create Quote). Ia juga menyediakan pelbagai laporan lengkap bagi sesebuah transaksi seperti Balance sheet, Chart of accounts, Income statement, Account Enquiry, Cash flow statement dan pelbagai lagi yang boleh dilihat dimenu Report.



             Perisian ini bermula dengan pengguna mesti mencipta beberapa akaun-akaun kemasukan dan perbelanjaan (samada secara manual atau yang telah disediakan didalam Charts of accounts) sebagai syarat utama untuk perisian ini beroperasi, selepas itu masukkan jumlah wang tunai yang disimpan dan akaun bank/akaun cek didalam ruangan 'Opening balance'. Selepas itu pengguna perlu memasukkan jenis-jenis barangan yang mereka jual beserta harganya kedalam Items list. Terdapat dua cara iaitu samada secara manual (satu persatu) atau mengimport data menggunakan fail CSV (iaitu sejenis fail yang di'convert' dari Microsoft Excel). Pengguna juga perlu memasukkan data pembekal atau pemborong seperti nama syarikat, alamat syarikat, no telefon/faks, individu untuk dihubungi dan sebagainya didalam Supllier list bagi tujuan untuk mencipta Purchase order atau Accounts payable bill. Cara masukannya sama iaitu samada menggunakan entri data secara satu persatu atau mengimportnya melalui fail CSV.

             Perisian Express Accounts ini juga mempunyai fungsi P.O.S (Point of sales). Dengan hanya memasukkan kod item, nama barangan, harga dan kadar cukai akan dipaparkan secara automatik. Anda hanya perlu memasukkan kuantiti dan jumlahnya akan dipaparkan. Anda juga boleh meletakkan diskaun untuk setiap transaksi dan nota resit. Selain itu pengguna juga voleh membuat Invoice bagi pelanggan yang mengambil barangan secara hutang. Untuk tab 'Purchase', pengguna boleh merekodkan pembelian umum menerusi 'Enter a payment'. Manakala butang 'Accounts payable' menyediakan fungsi merekodkan jumlah hutang kita kepada pembekal dan jumlah pembayaran yang telah dibuat. Namun dalam kecanggihan ini saya tidak pula menemui ada fungsi yang boleh menguruskan data pembelian yang dibuat menerusi ' letak dahulu, pengiraan berdasarkan unit yang terjual'. Peniaga boleh menggunakan setiap butang 'View" pada setiap tab untuk melihat setiap laporan yang ada pada tab menu. Pada tab 'Banking', peniaga boleh menyelaraskan jumlah atau memindahkan wang  dari satu akau ke satu akaun yang lain. Perisian ini juga menyediakan 'back up data' bagi memastikan keselamatan data yang direkodkan.


Copper


 ( Gambar hiasan : Entah versi yang ke-berapa saya tak pasti )

              Berbanding dengan perisian Express Accounts yang menyediakan fungsi perakaunan yang menyeluruh, Copper lebih kepada sekadar menyediakan fungsi P.O.S (Point of sale) semata-mata. Apa yang menarik tentang Copper ialah papan pemukanya yang kelihatan seolah-olah seperti perisian P.O.S yang digunakan dipasaraya atau pasar mini moden. Kini para peniaga kampung (yang memiliki premis dan fasiliti yang moden je lah) boleh menipu penduduk kampung bahawa perniagaan anda ini menggunakan teknologi perisian sama seperti yang terdapat di pasaraya-pasaraya besar atau pasar mini moden!! (padahal dengan tanpa mengeluarkan walau sesen pun). Dan apa yang lebih menarik, NCH Software turut menyediakan perisian-perisian lain yang menjadi pelengkap antara satu sama lain seperti Reflect Customer Relationship Management, Express Invoice Invoicing Software, Inventoria Stock Management dan Barillo Barcode Software (alat pengimbas hendaklah dibeli berasingan kerana ia hanya menyediakan perisian sahaja). Malah Eyeline Video Surveilance Software pun ada bagi menimbulkan kegerunan dikalangan kaki songlap dan tangan panjang! Semuanya ada dibutang NCH Suite dihujung sebelah kanan perisian Express Accounts dan disebelah kanan tab Copper (suite).


                 (Seakan sama dengan versi yang saya download,tapi yang ini paparannya berlainan sedikit)

              Perisian Copper bermula dengan pengguna terlebih dahulu mendaftar jurujual/'salesperson'. Setiap jurujual mempunyai akaun dan kata laluan tersendiri. Sudah menjadi kelaziman bagi setiap kaunter pembayaran untuk mempunyai rekod jurujual yang jelas supaya setiap transaksi dengan pelanggan dapat dirujuk pada masa akan datang. Peniaga/jurujual kemudiannya mula memasukkan data barangan yang dijual sama seperti perisian Express Accounts sebelum ini iaitu secara manual atau mengimport melalui CSV. Cuma  apa yang menarik Copper menyediakan kemudahan sistem kupon untuk pelanggan mendapatkan diskaun.  Kini peniaga sudah  bersiap sedia untuk melakukan urusniaga!. Peniaga boleh memasukkan data secara manual atau menggunakan alat pengimbas kerana Copper juga boleh beroperasi dengan menggunakan alat pengimbas.

              Copper juga menyediakan 'Refunds' sekiranya ada pelanggan yang ingin memulangkan semula barangan atau membatalkan sesuatu urusniaga jualan. 'Options' pula membolehkan peniaga merekabentuk saiz resit dan maklumat yang ingin dicetak diatas resit disamping kadar cukai dan jenis matawang yang ingin digunapakai. Semua laporan transaksi jualan boleh dilihat di  butang 'View' dan 'Reports'. Selamat mencuba..!!!
 
           
              

10 ulasan:

  1. Terima kasih diatas perkongsian ini. Saya sekarang sedang cuba menggunakan Express Account

    BalasPadam
  2. Terima kasih diatas perkongsian ini. Saya sekarang sedang cuba menggunakan Express Account

    BalasPadam
    Balasan
    1. Artikel ini ditulis tiga tahun lepas. Pada masa itu version yg ada ditawarkan secara percuma. Sekarang saya kurang pasti. Namun software Copper point of sales tiada lagi versi percuma. Versi percuma yg saya download baru2 ini adalah bukan untuk kegunaan komersial (dinyah fungsi). Versi komersial dijual dengan harga 29.99 dolar (lebih kurang RM 120.00).

      Padam
    2. Artikel ini ditulis tiga tahun lepas. Pada masa itu version yg ada ditawarkan secara percuma. Sekarang saya kurang pasti. Namun software Copper point of sales tiada lagi versi percuma. Versi percuma yg saya download baru2 ini adalah bukan untuk kegunaan komersial (dinyah fungsi). Versi komersial dijual dengan harga 29.99 dolar (lebih kurang RM 120.00).

      Padam
  3. Artikel ini ditulis tiga tahun lepas. Pada masa itu version yg ada ditawarkan secara percuma. Sekarang saya kurang pasti. Namun software Copper point of sales tiada lagi versi percuma. Versi percuma yg saya download baru2 ini adalah bukan untuk kegunaan komersial (dinyah fungsi). Versi komersial dijual dengan harga 29.99 dolar (lebih kurang RM 120.00).

    BalasPadam
  4. em baru terjumpa.. em kalau untuk masa kini. ada lagi tak yang tuan ada jumpa percuma. ataupun tuan masih ada copper point yg version lama(percuma) , kalau tak keberatan emelkan pada saya. Bard_fitri@yahoo.com

    terima kasih, semoga Allah mebalas jasa baik tuan.

    Bard, Perak :)

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Artikel ni memang best! Selain Express Account, anda juga boleh cuba Financio. Aplikasi ni dikira percuma bagi perniagaan kecil-kecilan. Yang paling best, bahasa tu boleh tukar jadi Bahasa Malaysia, lagi senang untuk guna.

    https://financio.co/ms/malaysia-ms

    BalasPadam